Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia (Wilayah Utara)

Terapi untuk Gangren

+ Anjuran : PERHIJAM (U)

* Merupakan kesinambungan kepada KUBAH I (Kuliah Bekam Sunnah Tahap I)

+ tarikh :
7 & 8 Julai 2012 (Sabtu & Ahad) ;

7.7.2012 sabtu

Masa               Aktiviti

0815   Pendaftaran
0845   Taklimat
0900   Kuliah Hirudotherapy 1
1100   Rehat
1115   Kuliah Hirudotherapy 2
1315   Rehat
1430   Kuliah Hirudotherapy 3
1615   Rehat
1700   Bengkel Yumeiho (teori dan praktikal)
1900   Tangguh

8.7.2012 ahad

Masa               Aktiviti

0830   Senaman
0900   Praktikal Hirudotherapy 1
1100   Rehat
1115   Praktikal Hirudotherapy 2
1315   Rehat
1430   Soal-jawab & Majlis penutup
1630   Bersurai

+ tempat :

Galeri Mutiara As Syafi
Bandar Perda, Pulau Pinang ;

+ penyertaan :

Terbuka kepada Lelaki & Perempuan yang berumur 18 tahun ke atas.
Keutamaan diberikan kepada Pelatih Kubah 1 & Herbalis Jawi ;

+ pendaftaran
tel :  04.4931034 / 019.4807721 / e-mail :  radix2u@yahoo.com

Nyatakan :
Nama Penuh, No. MyKad,
Alamat, No. Telefon, e-Mail &
Pekerjaan.

+ yuran :
RM 300.00 / peserta ;

Diskaun (potongan) yuran RM 30 / peserta untuk :
• setiap ahli PERHIJAM & PERJAWI (yang menyempurnakan yuran tahunan shj) ; atau
• Pelajar IPT (Sijil/Diploma/Sarjana Muda).

+ MODUL :

• HIRUDOTHERAPY : teori dan praktikal ;
• Teknik GABUNGAN : Terapi Bekam Mangkuk, Bekam Lintah dan Akubekam ;
• Teknik Asas YUMEIHO : Terapi struktur rangka/tulang (Jepun)

* tertakluk kepada terma dan syarat serta pindaan semasa oleh pihak Penganjur

[kemaskini akhir : 13 Syaaban 1433]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah puji syukur atas limpah Rahmat-Nya maka penganjuran Kursus Bekam Sunnah (Kubah) Tahap 1 oleh Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia (PERHIJAM) dan Persatuan Herbalis Jawi Malaysia (PERJAWI) telah selamat berlangsung dengan suksesnya.

image

image

image

image

image

Program sulung seumpanya telah dijalankan selama 2 hari berturut-turut di Dewan Kuliah HPA Mart, Kulim, Kedah Darul Aman bermula pada 21 April 2012 (Sabtu) dan diselesaikan penutupnya pada 22 April 2012 (Ahad). Pensyarah Utama ialah Al Fadhil Ustaz Abd. Hadi bin Mohd Isa (Negeri Sembilan) dengan dibantu oleh Pensyarah Jemputan Al Fadhil Ustaz Mohd Nizam bin Mt. Isa (Pulau Pinang).

image

Kubah-1 bermatlamat untuk memberi input yang lebih ilmiah mengenai Hijamah (Bekam Sunnah) dan melatih peserta untuk melaksanakannya mengikut piawaian Prosedur Amalan Hijamah. Kursus ini merupakan antara ‘Pilot Programme’ Perhijam dalam rangka bagi mewujudkan Akademi Hijamah Malaysia.

image

Seramai 11 peserta yang terdiri daripada 8 Muslimin (lelaki) dan 3 Muslimat (wanita) telah menyelesaikan 20 jam pelatihan sebagai memenuhi pra-syarat yang telah ditetapkan pihak Penganjur iaitu merangkumi 16 jam pertemuan dan diikuti dengan 4 jam tugasan peribadi.

image

Melalui Kubah-1, para peserta telah dibentangkan secara terperinci tentang Hijamah bersumberkan Thibbun Nabawi (Perubatan Kaedah Rasulullah SAW). Titik-titik Hijamah yang khusus menjadi asas kepada perawatan bekam yang dijalankan. Teknik torehan dan tusukan jarum untuk mengeluarkan darah di permukaan kulit  juga dipraktik sebagai melengkapkan peserta dengan kemahiran yang lebih dinamik.

image

Sesuai dengan kempen Perhijam Wilayah Utara ; ” Satu Keluarga Sepasang Ahli Bekam “, Alhamdulillah program kali ini telah menyaksikan seorang ibu membekam anaknya dan seorang isteri membekam suaminya semasa sessi amali. Terdapat juga sepasang adik beradik daripada Taiping yang telah menjadi peserta kursus ini. Sekaligus ia telah membuktikan bahawa kempen ini adalah ‘do-able’ dan praktikal untuk dimasyhurkan.

image

image

image

Selain itu, peserta telah diberi tugasan lanjut untuk melaksanakan Hijamah kepada sekurang-kurangnya  10 orang pesakit sebagai pra-syarat sebelum dibenarkan mengikuti Kubah-2 yang dijadualkan pada bulan Julai 2012 kelak, insyaAllah.

image

image

image

Penutup Kubah-1 disempurnakan oleh Ustaz Abd. Hadi sendiri dengan Pengijazahan Sanad 9 Hadis Shahih Bukhari berhubung Hijamah kepada semua peserta yang terlibat, BarakAllah. Mudah-mudahan Nur daripada penurunan ilmu ini membawa kepada kesembuhan hakiki kepada Pembekam dan Pesakit kelak.

image

image

image

image

image

Penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa serta semua individu yang turut menjayakan program kali ini baik secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga usaha kita yang serba dhaif ini diangkat oleh Allah SWT sebagai ibadah yang bermanfaat di dunia dan akhirat, ameen Ya Robb. Diharapkan jua ia menjadi jambatan yang mampu menghubungkan kita dan mengeratkan lagi kasih kepada Penghulu Para Nabi ; Muhammad SAW.

image

image

image

image

image

wAllahu ta’ala a’lam

+ Anjuran Bersama : PERHIJAM & PERJAWI
+ tarikh : 21 & 22 April 2012 (Sabtu & Ahad) ;

+ Jadual :

21 April 2012 / 29 Jamadil Awal 1433H (Sabtu)

Masa               Aktiviti

8.30 pagi         Pendaftaran Peserta

9.00 pagi         Taklimat Kursus

9.30 pagi         Modul 1 : Pengenalan Thibbun Nabawi

11.00 pagi       Rehat

11.20 pagi       Modul 2 : Pengenalan Bekam Sunnah

1.00 t/hari        Rehat & Solat

2.15 petang     Modul 3 : Bekam Sunnah 1

3.30 petang     Rehat

3.45 petang     Modul 4 : Bekam Sunnah 2

5.00 petang     Soal jawab

5.30 petang     Bersurai

22 April 2012 / 30 Jamadil Awal 1433H (Ahad)

Masa               Aktiviti

8.30 pagi         Bacaan Al Mathurat

9.00 pagi         Modul 5 : Kemahiran Diagnosis

10.30 pagi       Rehat

11.00 pagi       Modul 6 : Amali Bekam Sunnah

1.00 t/hari        Rehat & Solat

2.15 petang     Modul 6 : Sambungan

4.15 petang     Rehat

4.45 petang     Soal jawab

5.30 petang     Majlis Penutup

6.00 petang     Bersurai

+ tempat :

Dewan Kuliah HPA Mart
6, Jalan KLC 1, Kulim Landmark Central, 09000 Kulim, Kedah ;

+ penyertaan :

terbuka kpd Lelaki & Perempuan. Keutamaan kepada yang belum mempunyai ilmu bekam (tempat terhad) ;

+ pendaftaran | tel :  04.4931034 / e-mail :  am7721@gmail.com

+ yuran : RM 250.00 / peserta ;
+ diskaun (potongan) yuran RM 50 untuk :
• setiap ahli PERHIJAM & PERJAWI tahun 2011 (yang menyempurnakan yuran tahunan shj) ; atau
• setiap pasangan yg menjadi peserta adalah suami / isteri / anak / ibubapa.

+ MODUL :

• Ijazah Sanad Hadis Bukhari mengenai Bekam ;

• titik Bekam Sunnah

• teknik torehan pisau ;

• teori & amali bekam kering (angin) + basah (darah) ;

• peralatan disediakan untuk tujuan praktikal shj.

* tertakluk kepada terma dan syarat serta pindaan semasa oleh Penganjur

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.